Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يَرَى فِي الظُّلمَةِ كَمَا يَرَى فِي الضَّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW boleh melihat di dalam kegelapan sebagaimana Baginda melihat ketika keadaan cerah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1658, hadis no. 8370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa: Nabi SAW boleh melihat di dalam kegelapan sebagaimana Baginda melihat ketika cerah. [Riwayat Tamam, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, al-Baihaqi dalam al-Dalail, al-Khatib dalam al-Tarikh, Makki al-Muazzin dalam hadithnya, al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Muntaqa daripada hadith Abi Ali al-Awqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 341].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman