Nabi SAW bimbang akan umat yang berhias dengan emas

TEKS BAHASA ARAB

غير الضبع عندي أخوف عليكم من الضبع؛ أن الدنيا ستصب عليكم صباً، فيا ليت أمتي لا تلبس الذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada yang lebih aku takutkan ke atas kamu iaitu ketika mana kamu mendapat keluasan dunia (harta yang banyak), aku berharap (ketika itu) umatku tidak memakai emas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1625, hadis nombor 8209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل، قال: أن أعرابياً أتى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: يا رسول الله! أكلتنا الضبع. فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((غير الضبع عندي أخوف عليكم من الضبع؛ أن الدنيا ستصب عليكم صباً، فيا ليت أمتي لا تلبس الذهب)). [حم، البزار، ((الضعيفة)) (4154)]

(Lemah)
Daripada seorang lelaki, dia berkata bahawa seorang Arab Badwi telah datang kepada Nabi SAW dan beliau berkata: Wahai Rasulullah! Kami dalam kelaparan! Kemudian Nabi SAW menjawab: ((Ada yang lebih aku takutkan ke atas kamu iaitu ketika mana kamu mendapat keluasan dunia (harta yang banyak), aku berharap (ketika itu) umatku tidak memakai emas.))
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4154].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs