Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
غَير الضَّبع عِندي أخوف علَيكم مِنَ الضَّبع؛ أنَّ الدنيَا ستُصبّ عليكمْ صبَّاً، فيا لَيْتَ أُمَّتِي لا تَلْبِسُ الذَّهَب.
Teks Bahasa Melayu
Ada yang lebih aku takutkan ke atas kamu iaitu ketika mana kamu mendapat keluasan dunia (harta yang banyak), aku berharap (ketika itu) umatku tidak memakai emas.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1625, hadis no. 8209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل، قال: أن أعرابياً أتى النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: يا رسول الله! أكلتنا الضبع. فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -:((غير الضبع عندي أخوف عليكم من الضبع؛ أن الدنيا ستصب عليكم صباً، فيا ليت أمتي لا تلبس الذهب)). [حم، البزار، ((الضعيفة)) (4154)]
(Lemah) Daripada seorang lelaki, dia berkata bahawa seorang Arab Badwi telah datang kepada Nabi SAW dan beliau berkata: Wahai Rasulullah! Kami dalam kelaparan! Kemudian Nabi SAW menjawab: ((Ada yang lebih aku takutkan ke atas kamu iaitu ketika mana kamu mendapat keluasan dunia (harta yang banyak), aku berharap (ketika itu) umatku tidak memakai emas.)) [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4154].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman