Nabi SAW berucap ketika mengahwinkan Fatimah: Segala puji bagi Allah yang Maha Terpuji atas segala nikmat-Nya, yang disembah kerana kekuasaan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: خطب النبي صلى الله عليه وآله وسلم حين زوج فاطمة بعلي. فقال: الحمد لله المحمود بنعمته، المعبود بقدرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW berkhutbah ketika mengahwinkan Fatimah dengan Ali. Baginda bersabda: Segala puji bagi Allah yang Maha Terpuji atas segala nikmat-Nya, yang disembah kerana kekuasaan-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 391, hadis nombor 115. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن ناصر مطولا: وهو موضوع، وضعه محمد بن دينار العوفي.

Diriwayatkan oleh Ibn Nasir secara panjang. Ia adalah palsu. Ia direka oleh Muhammad bin Dinar al-Aufi.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs