Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW berucap ketika mengahwinkan Fatimah: Segala puji bagi Allah yang Maha Terpuji atas segala nikmat-Nya, yang disembah kerana kekuasaan-Nya

Teks Bahasa Arab

خَطَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ حِينَ زَوَّجَ فَاطِمَةَ بِعَلِيٍّ. فَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الْمَحْمُودِ بِنِعْمَتِهِ، الْمَعْبُودِ بِقُدْرَتِهِ _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Nabi SAW berkhutbah ketika mengahwinkan Fatimah dengan Ali. Baginda bersabda: Segala puji bagi Allah yang Maha Terpuji atas segala nikmat-Nya, yang disembah kerana kekuasaan-Nya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 391, hadis no. 115. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن ناصر مطولا: وهو موضوع، وضعه محمد بن دينار العوفي.

Diriwayatkan oleh Ibn Nasir secara panjang. Ia adalah palsu. Ia direka oleh Muhammad bin Dinar al-Aufi.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.