Nabi SAW berteduh ketika Perang Badar

TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ يوم بدر في الظل وأصحابه يقاتلون في الشمس فأتاه جبريل عليه السلام فقال: أنت في الظل وأصحابك يقاتلون في الشمس؟ فتحول إلى الشمس

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW berteduh sewaktu Perang Badar sedangkan para sahabat Baginda berperang di bawah terik matahari. Kemudian Jibril AS datang kepada Baginda dan berkata: Engkau duduk berteduh sedangkan para sahabat engkau berpanas di bawah terik matahari. Kemudian Baginda SAW turut sertai peperangan tersebut di bawah terik matahari

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1011, hadis nombor 5210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي حازم الأنصاري مرفوعا: كان ﷺ يوم بدر في الظل وأصحابه يقاتلون في الشمس فأتاه جبريل عليه السلام فقال: أنت في الظل وأصحابك يقاتلون في الشمس؟ فتحول إلى الشمس. [ابن الأثير في أسد الغابة, الضعيفة (5114)]

(Munkar) Daripada Abi Hazim al-Ansari, beliau meriwayatkan secara marfu’: Nabi SAW berteduh sewaktu Perang Badar sedangkan para sahabat Baginda berperang di bawah terik matahari. Kemudian Jibril AS datang kepada Baginda dan berkata: Engkau duduk berteduh sedangkan para sahabat engkau berpanas di bawah terik matahari. Kemudian Baginda SAW turut sertai peperangan tersebut di bawah terik matahari [Ibn al-Athir dalam Usdu al-Ghabah, al-Dhai’fah no. 5114].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.