Nabi SAW bertanya kepada Jibril AS: Adakah matahari sudah tergelincir?

TEKS BAHASA ARAB

قال لجبريل: هل زالت الشمس؟ قال: لا، نعم. قال عليه السلام: كيف قلت: لا، نعم؟ فقال: من حين قلت: لا، إلى أن قلت: نعم سارت الشمس مسيرة خمس مئة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Nabi) telah bertanya kepada Jibril: Adakah matahari sudah tergelincir? Kata Jibril: Tidak, ya. Kata ‘Alayhi al-Salam: Bagaimana engkau katakan tidak, ya? Lalu dia berkata: Sejak dari aku kata tidak hinggalah aku kata ya, matahari bergerak sejauh lima ratus tahun.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 129, hadis nombor 211. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يوجد له أصل.

Tidak ditemui asalnya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs