TEKS BAHASA ARAB
صمتم يومكم هذا قالوا: لا، قال: فأتموا بقية يومكم واقضوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW bertanya: Adakah kalian berpuasa pada hari ini? Mereka (Bani Aslam) menjawab: Tidak. Baginda SAW bersabda: Sempurnakanlah baki puasa kamu hari ini dan gantikanlah (puasa hari ini) pada hari lain.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1150, hadis nombor 5812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التام) عن عبد الرحمن بن مسلمة عن عمه: أن أسلم أتتْ النبي صلى الله عليه وسلم فقال: صمتم يومكم هذا؟ قالوا: لا، قال: فأتموا بقية يومكم واقضوه. [د، الضعيفة (5199)]
(Munkar dengan lafaz yang penuh) Daripada Abdul Rahman bin Maslamah daripada bapa saudaranya, bahawa sesungguhnya beberapa individu daripada Bani Aslam datang bertemu Nabi SAW, lalu Baginda bertanya: Nabi SAW bertanya: Adakah kalian berpuasa pada hari ini? Mereka (Bani Aslam) menjawab: Tidak. Baginda SAW bersabda: Sempurnakanlah baki puasa kamu hari ini dan gantikanlah (puasa hari ini) pada hari lain. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5199]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.