Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صُمْتُْمْ يومَكُم هذا؟ قالوا: لا، قال: فأَتِمُّوا بَقِيَّةَ يَوْمِكُم واقضُوه.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW bertanya: Adakah kalian berpuasa pada hari ini? Mereka (Bani Aslam) menjawab: Tidak. Baginda SAW bersabda: Sempurnakanlah baki puasa kamu hari ini dan gantikanlah (puasa hari ini) pada hari lain.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1150, hadis no. 5812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz yang penuh) Daripada Abdul Rahman bin Maslamah daripada bapa saudaranya, bahawa sesungguhnya beberapa individu daripada Bani Aslam datang bertemu Nabi SAW, lalu Baginda bertanya: Nabi SAW bertanya: Adakah kalian berpuasa pada hari ini? Mereka (Bani Aslam) menjawab: Tidak. Baginda SAW bersabda: Sempurnakanlah baki puasa kamu hari ini dan gantikanlah (puasa hari ini) pada hari lain. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5199]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman