Nabi SAW bertakbir ketika solat Fajar pada hari Arafah sehingga solat Asar pada hari terakhir hari tasyrik

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يكبر في صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق؛ حين يسلم من المكتوبات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun baginda SAW bertakbir ketika solat Fajar pada hari Arafah sehingga solat Asar pada hari terakhir hari tasyrik selepas selesai menunaikan solat fardu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1536, hadis nombor 7799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما، قال: كان صلى الله عليه وسلم يكبر في صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق؛ حين يسلم من المكتوبات. [الطبراني في ((فضل عشر ذي الحجة))، قط، هق، ((الضعيفة)) (5578)].

(Palsu)
Daripada Jabir bin Abdillah RA berkata: Adapun Nabi SAW bertakbir ketika solat Fajar pada hari Arafah sehingga solat Asar pada hari terakhir hari tasyrik selepas selesai menunaikan solat fardu. [Riwayat al-Tabarani dalam Fadl ‘Ashr Zi al-Hijjah, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5578]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.