Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW bersabda: "Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau adalah Yang Mulia lagi Maha Bijaksana" ketika mendengar ayat ke-18 Surah a'li-'Imran

Teks Bahasa Arab

وأنا أشهدُ أنك لا إلهَ إلا أنتَ العزيزُ الحكيمُ.

Teks Bahasa Melayu

Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau adalah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Sahabat Perawi

  1. al-Zubayr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1566, hadis no. 7932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزبير بن العوام-رضي الله عنه-، قال، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول حين تلى هذه الآية : {شهد الله أنه لا إله إلا هو} إلى {العزيز الحكيم}، قال: ((وأنا أشهد أنك لا إله إلا أنت العزيز الحكيم)). [طب، ابن السني، ((الضعيفة)) (6240)].

(Lemah) Daripada al-Zubair bin al-Awwam RA beliau berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW pernah berkata ketika Baginda membaca ayat ini: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia...,” [a'li I'mran: 18] . Baginda berkata: "Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau adalah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. [Riwayat al-Tabarani di dalam Kitab al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6240].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.