Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يصوم شعبان كله. قالت عائشة: يا رسول الله أحب الشهور إليك أن تصوم شعبان؟ قال: إن الله يكتب على كل نفس منيته تلك السنة فأحب أن يأتيني أجلي وأنا صائم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban. ‘Aishah RA bertanya: Wahai Rasulullah, adakah bulan yang paling engkau suka berpuasa adalah dalam bulan Syaaban? Lalu Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah mencatat pahala bagi setiap jiwa (manusia) yang akan mati bagi setiap tahun, maka aku lebih suka sekiranya aku menemui ajal pada bulan tersebut dalam keadaan aku berpuasa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1149, hadis nombor 5807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه – أن عائشة رضي الله عنها-، حدثتهم: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصوم شعبان كله. قالت عائشة: يا رسول الله أحب الشهور إليك أن تصوم شعبان؟ قال: إن الله يكتب على كل نفس منيته تلك السنة فأحب أن يأتيني أجلي وأنا صائم. [ع، الضعيفة (5086)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, Aisyah RA telah menceritakan kepada kami bahawa Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban. ‘Aishah RA bertanya: Wahai Rasulullah, adakah bulan yang paling engkau suka berpuasa adalah dalam bulan Syaaban? Lalu Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah mencatat pahala bagi setiap jiwa (manusia) yang akan mati bagi setiap tahun, maka aku lebih suka sekiranya aku menemui ajal pada bulan tersebut dalam keadaan aku berpuasa. [Riwayat Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5086]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.