Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يَصُومُ شعبان كلَّه. قالتْ عائشة: يا رسول الله! أَحَبَّ الشُهُورَ إليك أن تصوم شَعْبَان؟ قال: إن الله يَكْتُبُ على كلِّ نفس مَنِيَّتَه تلك السَنَةِ، فأُحِبُّ أن يأتيني أَجْلِي وأنا صَائمٌ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban. 'Aishah RA bertanya: Wahai Rasulullah, adakah bulan yang paling engkau suka berpuasa adalah dalam bulan Syaaban? Lalu Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah mencatat pahala bagi setiap jiwa (manusia) yang akan mati bagi setiap tahun, maka aku lebih suka sekiranya aku menemui ajal pada bulan tersebut dalam keadaan aku berpuasa.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1149, hadis no. 5807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه - أن عائشة رضي الله عنها-، حدثتهم: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصوم شعبان كله. قالت عائشة: يا رسول الله أحب الشهور إليك أن تصوم شعبان؟ قال: إن الله يكتب على كل نفس منيته تلك السنة فأحب أن يأتيني أجلي وأنا صائم. [ع، الضعيفة (5086)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, Aisyah RA telah menceritakan kepada kami bahawa Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban. 'Aishah RA bertanya: Wahai Rasulullah, adakah bulan yang paling engkau suka berpuasa adalah dalam bulan Syaaban? Lalu Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah mencatat pahala bagi setiap jiwa (manusia) yang akan mati bagi setiap tahun, maka aku lebih suka sekiranya aku menemui ajal pada bulan tersebut dalam keadaan aku berpuasa. [Riwayat Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5086]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman