Nabi SAW berkata kepada Zaid bin Harithah atau Amru bin al-As

TEKS BAHASA ARAB

إذا بعثت سرية فلا تنقهم واقتطعهم فإن الله ينصر القوم بأضعفهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW berkata kepada Zaid bin Harithah atau Amru bin al-As: “Jika kamu mengutuskan suatu ekspedisi untuk peperangan, maka janganlah memilih-milih mereka dan jadikan mereka kumpulan khusus Sesungguhnya Allah menolong sesuatu kaum dengan golongan yang paling lemah di antara mereka.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 646, hadis nombor 3345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن رجل من أهل المدينة: أن النبي ﷺ قال لزيد بن حارثة أو لعمرو ابن العاص: «إذا بعثت سرية فلا تنقهم، واقتطعهم، فإن الله ينصر القوم بأضعفهم». [الحارث، «الضعيفة» (6980].

(Lemah) Daripada seorang lelaki dari Madinah: Bahawa Nabi SAW berkata kepada Zaid bin Harithah atau Amru bin al-As: “Jika kamu mengutuskan suatu ekspedisi untuk peperangan, maka janganlah memilih-milih mereka dan jadikan mereka kumpulan khusus Sesungguhnya Allah menolong sesuatu kaum dengan golongan yang paling lemah di antara mereka.” [Riwayat Ibn Abi Usamah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6980]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs