Nabi SAW berkata kepada Ali bin Abi Talib

TEKS BAHASA ARAB

إن النبي ﷺ قال لعلي بن أبي طالب: ألا أنبئك بشر الناس؟ من أكل وحده، ومنع رفده، وسافر وحده، وضرب عبده. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يبغض الناس فيبغضونه، ألا أنبتك بشر من هذا؟ من يخشى شره، ولا يرجى خيره. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من باع آخرته يدنيا غيره. ألا أنبتك بشر من هذا؟ من أكل الدنيا بالدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW berkata kepada Ali bin Abi Talib: "Mahukah engkau aku ceritakan tentang seburuk-buruk manusia? Orang yang makan seorang diri, menghalang pertolongan, bermusafir seorang diri dan memukul hambanya. Mahukah engkau aku ceritakan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Sesiapa yang membenci manusia lalu manusia membencinya. Mahukah engkau aku ceritakan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Sesiapa yang ditakuti kejahatannya dan tidak diharapkan kebaikannya. Mahukah engkau aku ceritakan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Sesiapa yang menjual akhiratnya dengan dunia orang lain. Mahukah engkau aku ceritakan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Orang yang memakan dunia dengan agamanya."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 638, hadis nombor 3307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه-، قال: إن النبي ﷺ قال لعلي بن أبي طالب: ألا أنبئك بشر الناس؟ من أكل وحده، ومنع رفده، وسافر وحده، وضرب عبده. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يبغض الناس فيبغضونه، ألا أنبتك يشر من هذا؟ من يخشى شره، ولا يرجى خيره. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من باع آخرته يدنيا غيره. ألا أنبتك بشر من هذا؟ من أكل الدنيا بالدين. [ابن عساكر، «الضعيفة، (7135)].

(Munkar) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Bahawa Nabi SAW berkata kepada Ali bin Abi Talib: "Mahukah engkau aku ceritakan tentang seburuk-buruk manusia? Orang yang makan seorang diri, menghalang pertolongan, bermusafir seorang diri dan memukul hambanya. Mahukah engkau aku ceritakan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Sesiapa yang membenci manusia lalu manusia membencinya. Mahukah engkau aku ceritakan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Sesiapa yang ditakuti kejahatannya dan tidak diharapkan kebaikannya. Mahukah engkau aku ceritakan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Sesiapa yang menjual akhiratnya dengan dunia orang lain. Mahukah engkau aku ceritakan sesuatu yang lebih buruk dari ini? Orang yang memakan dunia dengan agamanya." [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7135].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs