TEKS BAHASA ARAB
حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم تزوج امرأة من نسائه فنثروا على رأسه تمر عجوة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Nabi SAW berkahwin dengan salah seorang isteri Baginda lalu mereka taburkan di atas kepalanya tamar ajwah.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 124, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: سعيد بن سلام كذاب.
والحديث باطل
Al-Khatib meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat perawi bernama Said bin Salam, seorang pendusta. Dan hadith ini adalah batil.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.