Batil

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW berkahwin dengan salah seorang isteri Baginda lalu mereka taburkan di atas kepalanya tamar ajwah

Teks Bahasa Arab

حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم تزوج امرأة من نسائه فنثروا على رأسه تمر عجوة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Nabi SAW berkahwin dengan salah seorang isteri Baginda lalu mereka taburkan di atas kepalanya tamar ajwah

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 124, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: سعيد بن سلام كذاب. والحديث باطل

Al-Khatib meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat perawi bernama Said bin Salam, seorang pendusta. Dan hadith ini adalah batil

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.