Nabi SAW berjabat tangan dengan wanita berlapikkan kain lengan baju Baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان يصافح النساء وعلى يده ثوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW berjabat tangan dengan wanita berlapikkan kain lengan baju Baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1155, hadis nombor 5841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن إبراهيم قال: كان يصافح النساء وعلى يده ثوب. [عب، الضعيفة (5507)]

(Lemah) Daripada Ibrahim, beliau berkata: Nabi SAW berjabat tangan dengan wanita berlapikkan kain lengan baju Baginda. [Riwayat Muṣannaf ‘Abd al-Razzāq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5507]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.