Nabi SAW berdoa: "Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu keimanan yang mendamaikan hatiku

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يدعو بهؤلاء الكلمات: اللهم! – أحسبه قال: – إني أسألك إيمانا يباشر قلبي، حتى أعلم أن لا يصيبني إلا ما كتبت لي، ورضا من المعيشة بما قسمت لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW pernah berdoa dengan kalimah yang berikut: "Ya Allah! – aku menyangka baginda berkata – Nabi SAW berdoa: "Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu keimanan yang mendamaikan hatiku agar aku mengetahui bahawa tiada yang terjadi padaku melainkan apa yang telah Engkau tuliskan untukku, serta aku reda dengan kehidupanku menurut apa yang telah Engkau bahagikan kepadaku".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1576, hadis nombor 7977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر-رضي الله عنه-، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يدعو بهؤلاء الكلمات: ((اللهم! – أحسبه قال: – إني أسألك إيمانا يباشر قلبي، حتى أعلم أن لا يصيبني إلا ما كتبت لي، ورضا من المعيشة بما قسمت لي)). [البزار، ((الضعيفة)) (7049)].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW pernah berdoa dengan kalimah yang berikut: (("Ya Allah! – aku menyangka baginda berkata – Nabi SAW berdoa: "Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu keimanan yang mendamaikan hatiku agar aku mengetahui bahawa tiada yang terjadi padaku melainkan apa yang telah Engkau tuliskan untukku, serta aku reda dengan kehidupanku menurut apa yang telah Engkau bahagikan kepadaku".))
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7049].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs