Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يدعو بهؤلاء الكلمات: اللَّهُمَّ! - أحسبُه قال: - إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِي، حَتَّى أَعْلَمَ أَن لا يُصِيبَنِي إِلَّا مَا كَتَبْتَ لِي، ورضَاً من المعيشةِ بما قَسمتَ لي.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW pernah berdoa dengan kalimah yang berikut: "Ya Allah! - aku menyangka baginda berkata - Nabi SAW berdoa: "Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu keimanan yang mendamaikan hatiku agar aku mengetahui bahawa tiada yang terjadi padaku melainkan apa yang telah Engkau tuliskan untukku, serta aku reda dengan kehidupanku menurut apa yang telah Engkau bahagikan kepadaku".
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1576, hadis no. 7977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر-رضي الله عنه-، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يدعو بهؤلاء الكلمات: ((اللهم! - أحسبه قال: - إني أسألك إيمانا يباشر قلبي، حتى أعلم أن لا يصيبني إلا ما كتبت لي، ورضا من المعيشة بما قسمت لي)). [البزار، ((الضعيفة)) (7049)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW pernah berdoa dengan kalimah yang berikut: (("Ya Allah! - aku menyangka baginda berkata - Nabi SAW berdoa: "Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu keimanan yang mendamaikan hatiku agar aku mengetahui bahawa tiada yang terjadi padaku melainkan apa yang telah Engkau tuliskan untukku, serta aku reda dengan kehidupanku menurut apa yang telah Engkau bahagikan kepadaku".)) [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7049].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman