Nabi SAW apabila selesai makan, Baginda membaca: Ya Allah! BagiMu lah segala pujian

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا فرغ من طعامه، قال: اللهم لك الحمد، أطعمت وسقيت، وأشبعت وأرويت، فلك الحمد غير مكفور، ولا مودع، ولا يستغنى عنك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila selesai makan, Baginda membaca: Ya Allah! BagiMu lah segala pujian, Engkau telah memberi makan, Engkau telah memberi minum, Engkau telah memberi kenyang dan Engkau telah hilangkan haus. Maka bagiMu lah segala pujian yang tidak putus dan tidak pernah ditinggalkan, serta semua memerlukanMu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1480, hadis nombor 7553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من بني سليم كانت له صحبة، قال: إن النبي – صلى الله عليه وسلم -: كان إذا فرغ من طعامه، قال: ((اللهم لك الحمد، أطعمت وسقيت، وأشبعت وأرويت، فلك الحمد غير مكفور، ولا مودع، ولا يستغنى عنك)). [حم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4209)]

(Lemah)
Daripada seorang lelaki daripada kalangan Bani Salim yang sempat bergelar sahabat, katanya: Nabi SAW apabila selesai makan, Baginda membaca: Ya Allah! BagiMu lah segala pujian, Engkau telah memberi makan, Engkau telah memberi minum, Engkau telah memberi kenyang dan Engkau telah hilangkan haus. Maka bagiMu lah segala pujian yang tidak putus dan tidak pernah ditinggalkan, serta semua memerlukanMu.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad dan Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4209]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs