Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW apabila selesai makan, Baginda membaca: Ya Allah! BagiMu lah segala pujian

Teks Bahasa Arab

كان إذا فرغ من طعامِه، قال: اللهم لك الحمدُ، أطعمْتَ وسقيْتَ، وأشبعْتَ وأرْويتَ، فلك الحمدُ غير مكفورٍ، ولا مودَّعٍ، ولا يُستغنى عنكَ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW apabila selesai makan, Baginda membaca: Ya Allah! BagiMu lah segala pujian, Engkau telah memberi makan, Engkau telah memberi minum, Engkau telah memberi kenyang dan Engkau telah hilangkan haus. Maka bagiMu lah segala pujian yang tidak putus dan tidak pernah ditinggalkan, serta semua memerlukanMu.

Sahabat Perawi

  1. Seorang lelaki daripada kalangan Bani Salim

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1480, hadis no. 7553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من بني سليم كانت له صحبة، قال: إن النبي - صلى الله عليه وسلم -: كان إذا فرغ من طعامه، قال: ((اللهم لك الحمد، أطعمت وسقيت، وأشبعت وأرويت، فلك الحمد غير مكفور، ولا مودع، ولا يستغنى عنك)). [حم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4209)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki daripada kalangan Bani Salim yang sempat bergelar sahabat, katanya: Nabi SAW apabila selesai makan, Baginda membaca: Ya Allah! BagiMu lah segala pujian, Engkau telah memberi makan, Engkau telah memberi minum, Engkau telah memberi kenyang dan Engkau telah hilangkan haus. Maka bagiMu lah segala pujian yang tidak putus dan tidak pernah ditinggalkan, serta semua memerlukanMu. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad dan Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4209]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.