Nabi SAW apabila memasuki Ramadan, tingkahlaku Baginda akan berubah

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا دخل رمضان تغير لونه وكثرت صلاته وابتهل في الدعاء وأشفق منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila memasuki Ramadan, tingkahlaku Baginda akan berubah, Baginda akan memperbanyakkan solat, merendah diri dalam berdoa, serta lebih takut kepada Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1164, hadis nombor 5884. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة رضي الله عنها قالتْ: كان صلى الله عليه وسلم إذا دخل رمضان تغير لونه وكثرت صلاته وابتهل في الدعاء، وأشفق منه. [هب، الضعيفة (6636)]

(Munkar) Daripada Aisyah RA telah berkata: Nabi SAW apabila memasuki Ramadan, tingkahlaku Baginda akan berubah, Baginda akan memperbanyakkan solat, merendah diri dalam berdoa, serta lebih takut kepada Allah. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6636]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.