Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم- إذَا دَخَلَ رمضانَ؛ تَغَيَّرَ لونِه، وكثرتْ صلاتِه، وابْتَهَلَ في الدعاء وأشفق منه.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW apabila memasuki Ramadan, tingkahlaku Baginda akan berubah, Baginda akan memperbanyakkan solat, merendah diri dalam berdoa, serta lebih takut kepada Allah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1164, hadis no. 5884. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة رضي الله عنها قالتْ: كان صلى الله عليه وسلم إذا دخل رمضان تغير لونه وكثرت صلاته وابتهل في الدعاء، وأشفق منه. [هب، الضعيفة (6636)]
(Munkar) Daripada Aisyah RA telah berkata: Nabi SAW apabila memasuki Ramadan, tingkahlaku Baginda akan berubah, Baginda akan memperbanyakkan solat, merendah diri dalam berdoa, serta lebih takut kepada Allah. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6636]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman