Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا رأى الهلالَ قال: هلالُ خيرٍ ورشدٍ، هلالُ خيرٍ ورشدٍ، هلالُ خيرٍ ورشدٍ، آمنت بالذي خلقَكَ – ثلاثَ مراتٍ -، ثم يقول: الحمدُ للهِ الذي ذهب بشهرِ كذا، وجاء بشهرِ كذا.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk, semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk, semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk; aku beriman kepada Tuhan yang telah menciptakanmu. (Baginda mengucapkannya) sebanyak tiga kali, kemudian Baginda mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan sekian sekian dan mendatangkan bulan sekian sekian.
Sahabat Perawi
- Qatadah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1468, hadis no. 7476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف الإسناد) عن قتادة أنه بلغه: أن النبي - صلى الله عليه وسلم – كان إذا رأى الهلال، قال: هلال خير ورشد، هلال خير ورشد، هلال خير ورشد، آمنت بالذي خلقك - ثلاث مرات -))، ثم يقول: ((الحمد لله الذي ذهب بشهر كذا، وجاء بشهر كذا)). [ د، ((الضعيفة)) (3506)]
(Lemah Sanad) Daripada Qatadah bahawa telah sampai kepada beliau bahawa Nabi SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk, semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk, semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk; aku beriman kepada Tuhan yang telah menciptakanmu. (Baginda mengucapkannya) sebanyak tiga kali, kemudian Baginda mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan sekian sekian dan mendatangkan bulan sekian sekian. [Riwayat Abu Dāwud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3506]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman