Nabi SAW apabila masuknya musim sejuk, baginda akan masuk ke dalam rumah pada malam Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا جاء الشتاء، دخل البيت ليلة الجمعة، وإذا جاء الصيف؛ خرج ليلة الجمعة، وإذا لبس ثوبا جديدا؛ حمد الله وصلى ركعتين، وكسا الخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila masuknya musim sejuk, baginda akan masuk ke dalam rumah pada malam Jumaat. Dan apabila datangnya musim panas, baginda akan keluar daripada rumah pada malam Jumaat. Dan apabila baginda memakai pakaian yang baharu, baginda akan memuji Allah lalu mendirikan solat dua rakaat, serta memakaikan pakaian lama (kepada orang miskin).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis nombor 1013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله عباس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كان إذا جاء الشتاء، دخل البيت ليلة الجمعة، وإذا جاء الصيف؛ خرج ليلة الجمعة، وإذا لبس ثوبا جديدا؛ حمد الله وصلى ركعتين، وكسا الخلق)). [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2381)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nabi SAW apabila masuknya musim sejuk, baginda akan masuk ke dalam rumah pada malam Jumaat. Dan apabila datangnya musim panas, baginda akan keluar daripada rumah pada malam Jumaat. Dan apabila baginda memakai pakaian yang baharu, baginda akan memuji Allah lalu mendirikan solat dua rakaat, serta memakaikan pakaian lama (kepada orang miskin).
[Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2381]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.