TEKS BAHASA ARAB
كان ﷺ إذا دخل شهر رمضان شد مئزره، ثم لم يأت فراشه حتى ينسلخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW apabila masuk pada bulan Ramadan, Baginda mengetatkan kainnya dan baginda tidak akan mendatangi katilnya sehingga bulan berakhir.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis nombor 5731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: ((كان ﷺ إذا دخل شهر رمضان شد مئزره، ثم لم يأت فراشه حتى ينسلخ)).
[هب، ((الضعيفة)) (2346)]
(Lemah)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi SAW apabila masuk pada bulan Ramadan, Baginda mengetatkan kainnya dan baginda tidak akan mendatangi katilnya sehingga bulan berakhir."
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. (2346)].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.