Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ إذا دخلَ شهرُ رمضانَ شدَّ مئزرَه ، ثمَّ لم يأتِ فراشَه حتَّى ينسلخَ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW apabila masuk pada bulan Ramadan, Baginda mengetatkan kainnya dan baginda tidak akan mendatangi katilnya sehingga bulan berakhir.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis no. 5731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: ((كان ﷺ إذا دخل شهر رمضان شد مئزره، ثم لم يأت فراشه حتى ينسلخ)). [هب، ((الضعيفة)) (2346)]
(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi SAW apabila masuk pada bulan Ramadan, Baginda mengetatkan kainnya dan baginda tidak akan mendatangi katilnya sehingga bulan berakhir." [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. (2346)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman