Nabi SAW apabila mahu memberikan hadiah kepada seorang lelaki, Baginda akan memberi minum air zam zam kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا أراد أن يتحف الرجل بتحفة؛ سقاه من ماء زمزم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila mahu memberikan hadiah kepada seorang lelaki, Baginda akan memberi minum air zam zam kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis nombor 371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-: ((كان – صلى الله عليه وسلم – إذا أراد أن يتحف الرجل بتحفة؛ سقاه من ماء زمزم)). [ابن بكر سليمان الفقيه في ((مجلس من الأمالي))، حل، ((الضعيفة)) (4165)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA: Nabi SAW apabila mahu memberikan hadiah kepada seorang lelaki, Baginda akan memberi minum air zam zam kepadanya.
[Riwayat Abu Bakr Sulaiman al-Faqih dalam Majlis min al-Amali, dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4165].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs