Daif

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW apabila mahu memberikan hadiah kepada seorang lelaki, Baginda akan memberi minum air zam zam kepadanya

Teks Bahasa Arab

كان - صلى الله عليه وسلم - إذا أراد أن يتحف الرجل بتحفة؛ سقاه من ماء زمزم.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW apabila mahu memberikan hadiah kepada seorang lelaki, Baginda akan memberi minum air zam zam kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis no. 371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما-: ((كان - صلى الله عليه وسلم - إذا أراد أن يتحف الرجل بتحفة؛ سقاه من ماء زمزم)). [ابن بكر سليمان الفقيه في ((مجلس من الأمالي))، حل، ((الضعيفة)) (4165)].

(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA: Baginda SAW biasanya apabila mahu memberikan sesuatu pemberian kepada seorang lelaki, baginda akan memberi minum air zam zam kepadanya. [Riwayat Abu Bakr Sulaiman Al-Faqih dalam Majlis min Al-Amali, Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah. Lihat al-Silsilah al-Da'ifah, no. 4165].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.