Nabi SAW apabila mahu keluar daripada rumah Baginda, Baginda membaca: Dengan nama Allah

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا خرج من بيته، قال: ((باسم الله، التكلان على الله، لا حول ولا قوة إلا بالله)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila mahu keluar daripada rumah Baginda, Baginda membaca: Dengan nama Allah, kebergantungan kepada Allah, tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1478, hadis nombor 7540. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا خرج من بيته، قال: ((باسم الله، التكلان على الله، لا حول ولا قوة إلا بالله)). [ خد، ه، ك، ابن السني، ((الضعيفة)) (4243)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW apabila mahu keluar daripada rumah Baginda, Baginda membaca: Dengan nama Allah, kebergantungan kepada Allah, tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.
[Riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Adab al-Mufrad, Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4243]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs