Nabi SAW apabila didatangi oleh Jibril, lalu Jibril membaca: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا جاءه جبريل، فقرأ: بسم الله الرحمن الرحيم؛ علم أنها سورة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila didatangi oleh Jibril, lalu Jibril membaca: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Baginda tahu bahawa ia adalah surah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1478, hadis nombor 7539. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا جاءه جبريل، فقرأ: بسم الله الرحمن الرحيم؛ علم أنها سورة)). [ك، ((الضعيفة)) (4182)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa Nabi SAW apabila didatangi oleh Jibril, lalu Jibril membaca: ‘Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’, Baginda tahu bahawa ia adalah surah.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4182]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs