Classification icon

Daif

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW apabila berada rumah baginda suka ketawa dan selalu tersenyum

Teks Bahasa Arab

كان - صلى الله عليه وسلم - إذا خَلَا في بَيْتِهِ؛ أَلْيَنَ النَاسِ، وأَكْرَمَ النَاسِ، ضَحَّاكًا بَسَّامًا.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW apabila berada di dalam rumah, Baginda merupakan selembut-lembut manusia dan manusia yang paling mulia; suka ketawa dan tersenyum.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis no. 373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها-: ((كان - صلى الله عليه وسلم - إذا خلا في بيته؛ ألين الناس، وأكرم الناس، ضحاكا بساما)). [ابن سعد، الخرائطي، عد، تمام، ((الضعيفة)) (4185)].

(Daif) Daripada A’isyah RِِِِِِِِِِA: Nabi SAW apabila berada di dalam rumah, Baginda merupakan selembut-lembut manusia dan manusia yang paling mulia; suka ketawa dan tersenyum. [Riwayat Ibn Sa’d, al-Khara’ithi, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Ḍu‘afa, dan Tamam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4185].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.