Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW apabila berada di dalam rumah, baginda merupakan selembut-lembut manusia

Teks Bahasa Arab

كان إذا خلا في بيتهِ؛ ألْينَ الناسِ، وأكرمَ الناسِ، ضحَّاكًا بسَّامًا.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW apabila berada di dalam rumah, baginda merupakan selembut-lembut manusia, dan manusia yang paling mulia, suka tertawa dan tersenyum.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis no. 9322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: ((كان ﷺ إذا خلا في بيته؛ ألين الناس، وأكرم الناس، ضحاكا بساما)). [ابن سعد، الخرائطي، عد، تمام، ((الضعيفة)) (٤١٨٥)]

(Lemah) Daripada ‘Ā`ishah RA, beliau berkata: Nabi SAW apabila berada di dalam rumah, baginda merupakan selembut-lembut manusia, dan manusia yang paling mulia, suka tertawa dan tersenyum. [Riwayat Ibn Sa’ad dalam kitab al-Ṭabaqāt, al-Kharā’iṭī, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Tammām dalam al-Fawā`id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4185]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.