Nabi SAW akan mengucapkan apabila dalam keadaan kesempitan : Tiada yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول عند الكرب: لا إله إلا الله العظيم الحليم لا إله إلا الله رب العرش العظيم لا إله إلا الله رب السماوات ورب العرش الكريم اللهم اصرف عني شره. وفي رواية: شر فلان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW akan mengucapkan apabila dalam keadaan kesempitan: Tiada yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung, Maha Lembut. Tiada yang berhak disembah selain Allah, pemilik Singgahsana yang Agung. Tiada yang berhak disembah selain Allah, penguasa langit dan Singgahsana yang Agung. Wahai Allah, alihkan keburukan lelaki itu daripadaku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1067, hadis nombor 5446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة الصرف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان يقول عند الكرب: لا إله إلا الله العظيم الحليم لا إله إلا الله رب العرش العظيم لا إله إلا الله رب السماوات ورب العرش الكريم، اللهم اصرف عني شره. وفي رواية: شر فلان. [خد، الضعيفة (5443)]

(Munkar dengan tambahan al-Sarf (doa memohon dialihkan keburukan)) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Nabi SAW akan mengucapkan apabila dalam keadaan kesempitan: Tiada yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung, Maha Lembut. Tiada yang berhak disembah selain Allah, pemilik Singgahsana yang Agung. Tiada yang berhak disembah selain Allah, penguasa langit dan Singgahsana yang Agung. Wahai Allah, alihkan keburukan lelaki itu daripadaku. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5443)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs