Munkar dengan tambahan al-Sarf (doa memohon dialihkan keburukan)
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يقول عند الكربِ: لا إله إلا اللهُ العظيمُ الحليمُ، لا إله إلا اللهُ ربّ العرشِ العظيمِ، لا إله إلا اللهُ ربُّ السماوات وربُّ العرشِ الكريمِ، اللهم ! اصرف [عني] شرَّه. وفي رواية : شرَّ فلانٍ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW akan mengucapkan apabila dalam keadaan kesempitan: Tiada yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung, Maha Lembut. Tiada yang berhak disembah selain Allah, pemilik Singgahsana yang Agung. Tiada yang berhak disembah selain Allah, penguasa langit dan Singgahsana yang Agung. Wahai Allah, alihkan keburukan lelaki itu daripadaku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan tambahan al-Sarf (doa memohon dialihkan keburukan)
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1067, hadis no. 5446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة الصرف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان يقول عند الكرب: لا إله إلا الله العظيم الحليم لا إله إلا الله رب العرش العظيم لا إله إلا الله رب السماوات ورب العرش الكريم، اللهم اصرف عني شره. وفي رواية: شر فلان. [خد، الضعيفة (5443)]
(Munkar dengan tambahan al-Sarf (doa memohon dialihkan keburukan)) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Nabi SAW akan mengucapkan apabila dalam keadaan kesempitan: Tiada yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung, Maha Lembut. Tiada yang berhak disembah selain Allah, pemilik Singgahsana yang Agung. Tiada yang berhak disembah selain Allah, penguasa langit dan Singgahsana yang Agung. Wahai Allah, alihkan keburukan lelaki itu daripadaku. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5443)] Penjelasan Tambahan bahagian akhir hadis ini dinilai munkar oleh al-Albani iaitu pada "Wahai Allah, alihkan keburukan lelaki itu daripadaku".
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman