TEKS BAHASA ARAB
نهى أن يمشي الرجل بين البعيرين يقودهما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melarang seorang lelaki untuk berjalan di tengah-tengah dua ekor unta untuk dia memimpin keduanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis nombor 858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: نهى أن يمشي الرجل بين البعيرين يقودهما.
[ك، ((الضعيفة)) (374)]
(Lemah)
Daripada Anas – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Nabi SAW melarang seorang lelaki untuk berjalan di tengah-tengah dua ekor unta untuk dia memimpin keduanya.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 374]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.