Nabi Nuh AS berpuasa sepanjang tahun kecuali hari raya Aidilfitri dan Aidiladha

TEKS BAHASA ARAB

صام نوح عليه السلام الدهر إلا يوم الفطر والأضحى وصام داود عليه السلام نصف الدهر وصام إبراهيم عليه السلام ثلاثة أيام من كل شهر صام الدهر وأفطر الدهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Nuh AS berpuasa sepanjang tahun kecuali hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Nabi Daud AS berpuasa setengah tahun dan Nabi Ibrahim AS berpuasa tiga hari pada setiap bulan. Baginda puasa setahun dan tidak berpuasa setahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1164, hadis nombor 5882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم: صام نوح عليه السلام الدهر إلا يوم الفطر والأضحى وصام داود عليه السلام نصف الدهر وصام إبراهيم عليه السلام ثلاثة أيام من كل شهر صام الدهر وأفطر الدهر. [طب، هب، ابن عساكر، الضعيفة (6751)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Nabi Nuh AS berpuasa sepanjang tahun kecuali hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Nabi Daud AS berpuasa setengah tahun dan Nabi Ibrahim AS berpuasa tiga hari pada setiap bulan. Baginda puasa setahun dan tidak berpuasa setahun. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6751]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs