Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صام نوح عليه السلام الدهر إلا يوم الفطر والأضحى وصام داود عليه السلام نصف الدهر، وصام إبراهيم عليه السلام ثلاثة أيام من كل شهر صام الدهر وأفطر الدهر.
Teks Bahasa Melayu
Nabi Nuh AS berpuasa sepanjang tahun kecuali hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Nabi Daud AS berpuasa setengah tahun dan Nabi Ibrahim AS berpuasa tiga hari pada setiap bulan. Baginda puasa setahun dan tidak berpuasa setahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1164, hadis no. 5882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم: صام نوح عليه السلام الدهر إلا يوم الفطر والأضحى وصام داود عليه السلام نصف الدهر وصام إبراهيم عليه السلام ثلاثة أيام من كل شهر صام الدهر وأفطر الدهر. [طب، هب، ابن عساكر، الضعيفة (6751)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Nabi Nuh AS berpuasa sepanjang tahun kecuali hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Nabi Daud AS berpuasa setengah tahun dan Nabi Ibrahim AS berpuasa tiga hari pada setiap bulan. Baginda puasa setahun dan tidak berpuasa setahun. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6751]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman