Nabi Musa AS berdoa kemudian diaminkan oleh Nabi Harun AS

TEKS BAHASA ARAB

كان موسى عليه السلام يدعو ويؤمن هارون عليه السلام، وما أعطيهما غيري وغيرهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun Musa AS berdoa kemudian diaminkan oleh Harun AS dan tidaklah diberikan apa yang mereka minta itu kepada selain aku dan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1535, hadis nombor 7793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كان موسى عليه السلام يدعو ويؤمن هارون عليه السلام، وما أعطيهما غيري وغيرهما)). [العسكري في ((التصحيفات))، ((الضعيفة)) (5955)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: ((Rasulullah SAW bersabda: Adapun Musa AS berdoa kemudian diaminkan oleh Harun AS dan tidaklah diberikan apa yang mereka minta itu kepada selain aku dan mereka.)) [Riwayat al-Askari di dalam al-Tashifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5955].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.