Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ موسى عليْهِ السَّلامُ يدعو ويؤمِّنُ هارونُ عليْهِ السَّلامُ وما أعطيهِما غيري وغيرَهما.
Teks Bahasa Melayu
Adapun Musa AS berdoa kemudian diaminkan oleh Harun AS dan tidaklah diberikan apa yang mereka minta itu kepada selain aku dan mereka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1535, hadis no. 7793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كان موسى عليه السلام يدعو ويؤمن هارون عليه السلام، وما أعطيهما غيري وغيرهما)). [العسكري في ((التصحيفات))، ((الضعيفة)) (5955)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: ((Rasulullah SAW bersabda: Adapun Musa AS berdoa kemudian diaminkan oleh Harun AS dan tidaklah diberikan apa yang mereka minta itu kepada selain aku dan mereka.)) [Riwayat al-Askari di dalam al-Tashifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5955].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman