Nabi Muhammad telah melarang untuk berpuasa ‘Arafah di ‘Arafah

TEKS BAHASA ARAB

نهى عن صوم يوم عرفة بعرفة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Muhammad telah melarang untuk berpuasa ‘Arafah di ‘Arafah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis nombor 5693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: «نهى عن صوم يوم عرفة بعرفة». [تخ، د، ه، الطحاوي في ((المشكل))، عق، الحربي في الغريب، ك، هق، ((الضعيفة)) (404)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): Nabi Muhammad telah melarang untuk berpuasa ‘Arafah di ‘Arafah.
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Thahawi dalam al-Musykil, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, al-Harbi dalam al-Gharib, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 404].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs