Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى عَنْ صَوْمِ يَوْمَ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi Muhammad telah melarang untuk berpuasa ‘Arafah di ‘Arafah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis no. 5693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: «نهى عن صوم يوم عرفة بعرفة». [تخ، د، ه، الطحاوي في المشكل، عق، الحربي في الغريب، ك، هق، الضعيفة (404)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): Nabi Muhammad telah melarang untuk berpuasa ‘Arafah di ‘Arafah. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Thahawi dalam al-Musykil, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, al-Harbi dalam al-Gharib, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 404].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman