Nabi Muhammad SAW tidak menyentuh sedikit pun wajahku ini ketika aku sedang berpuasa

TEKS BAHASA ARAB

كان لا يمس من وجهي شيئا وأنا صائمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Muhammad SAW tidak menyentuh sedikit pun wajahku ini ketika aku sedang berpuasa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis nombor 5698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة رضي الله عنها قالت: «كان لا يمس من وجهي شيئا وأنا صائمة». [حب، ((الضعيفة)) (958)]

(Munkar) Daripada ‘Aisyah RA telah berkata: "Nabi Muhammad SAW tidak menyentuh sedikit pun wajahku ini ketika aku sedang berpuasa"
[Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 958].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs