Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ لَا يَمَسُّ مِنْ وَجْهِي شَيْئًا وَأَنَا صَائِمَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi Muhammad SAW tidak menyentuh sedikit pun wajahku ini ketika aku sedang berpuasa.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis no. 5698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة رضي الله عنها قالت: «كان لا يمس من وجهي شيئا وأنا صائمة». [حب، الضعيفة (958)]
(Munkar) Daripada ‘Aisyah RA telah berkata: "Nabi Muhammad SAW tidak menyentuh sedikit pun wajahku ini ketika aku sedang berpuasa" [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 958].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman