Orang yang berpuasa itu sentiasa berada dalam ibadat

TEKS BAHASA ARAB

الصائم في عبادة وإن كان راقدا على فراشه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berpuasa itu sentiasa berada dalam ibadat meskipun dia sedang tidur di atas katilnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis nombor 5697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمان بن عامر الضبي رضي الله عنه مرفوعا: «الصائم في عبادة وإن كان راقدا على فراشه». [تمام، ((الضعيفة))، (953)]

(Lemah) Daripada Salman bin ‘Amir al-Dhabbi RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): “Orang yang berpuasa itu sentiasa berada dalam ibadat meskipun dia sedang tidur di atas katilnya.”
[Diriwayatkan oleh Tammam dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 653].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs