Nabi Muhammad SAW menyebut doa selepas menunaikan solat

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول في دبر الصلاة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، [وهو حي لا يموت، بيده الخير]، وهو على كل شئ قدير [ثلاث مرات].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW menyebut (berdoa) selepas menunaikan solat: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan, (Dia-lah Yang Hidup, dan tidak akan mati, di tangan-Nya semua kebaikan). Dan Dia-lah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu (sebanyak tiga kali).

STATUS

Shaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1536, hadis nombor 7798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بالزيادتين، وصحيح جدا بدونهما)
عن المغيرة بن شعبة رضي الله عنه، قال: كان يقول في دبر الصلاة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، [وهو حي لا يموت، بيده الخير]، وهو على كل شئ قدير [ثلاث مرات]. [طب، ابن السني، حم، ن، ابن خزيمة، ((الضعيفة)) (5598)].

(Shaz dengan dua penambahan dan sahih jika tanpa dua penambahan tersebut)
Daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA berkata: Nabi SAW menyebut (berdoa) selepas menunaikan solat: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. (Dia-lah Yang Hidup, dan tidak akan mati, di tangan-Nya semua kebaikan). Dan Dia-lah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu (sebanyak tiga kali). [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn al-Sunni, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad, al-Nasa’ī dalam al-Sunan, Ibn Khuzaimah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5598]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs