TEKS BAHASA ARAB
كان – صلى الله عليه وسلم – يأمر بدفن الدم إذا احتجم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi Muhammad SAW memerintahkan untuk mengkafankan (menanam) darah apabila selesai berbekam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم سعد امرأة زيد بن ثابت – رضي الله عنهما -، قالت: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يأمر بدفن الدم إذا احتجم)). [طس، ابن منده، ((الضعيفة)) (6327)]
(Palsu)
Daripada Ummu Sa’ad (isteri Zaid bin Thabit RA) telah berkata: Nabi Muhammad SAW memerintahkan untuk mengkafankan (menanam) darah apabila selesai berbekam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6327]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.