Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi Muhammad SAW melarang makan makanan yang panas sehingga ia reda

Teks Bahasa Arab

نَهَى - صَلَى الله عَلَيهِ وَسَلم - عَنْ أكْلِ الطَعَامِ الحَارِّ حَتَى يسكُنَ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi Muhammad SAW melarang makan makanan yang panas sehingga ia reda.

Sahabat Perawi

  1. Suhaib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1182, hadis no. 5991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن صهيب - رضي الله عنه -، قال: ((نهى - صلى الله عليه وسلم - عن أكل الطعام الحار حتى يسكن)). [هب، ((الضعيفة)) (5230)]

(Sangat Lemah) Daripada Suhaib RA, telah berkata: Nabi Muhammad SAW melarang makan makanan yang panas sehingga ia reda. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5230]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.