TEKS BAHASA ARAB
كان يستاك آخر النهار وهو صائم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adalah Nabi Muhammad SAW bersiwak pada akhir waktu petang sedangkan Baginda berpuasa.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis nombor 5688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: «كان يستاك آخر النهار وهو صائم». [ابن حبان في ((كتاب الضعفاء))، ((الضعيفة)) (302)]
(Batil) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): “Adalah Nabi Muhammad SAW bersiwak pada akhir waktu petang sedangkan Baginda berpuasa.”
[Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 402].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.